Sejarah Bandar Rinching

   Bandar Rinching terletak di Semenyih, Selangor iaitu di selatan negeri Selangor . Bandar yang paling hampir dengan Bandar Rinching ialah Bandar Semenyih, Beranang dan Kajang. Bandar Rinching terletak di tepi jalan antara Semenyih dengan Beranang. Jika anda dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Seremban, Bandar Rinching terletak di sebelah kanan , selepas melalui Bandar Semenyih.

   Bandar Rinching dipanggil bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan di sini. Bandar Rinching dibangunkan oleh pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Lebih 1000 unit rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan harganya juga berbeza-beza. Harga rumah semakin lama semakin mahal.

   Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Bagi orang yang berada,kebanyakannya membeli Rumah Banglo . Ada juga rumah murah yang dibina untuk orang kebanyakan . Masing-masing mebeli rumah mengikut kemampuan dan cita rasa . Keseluruhannya rumah-rumah di sini berpagar untuk mengelak daripada kecurian.

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching


   Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2003 dengan bilangan guru seramai 26 orang, bilangan murid 500 orang dan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan, pada waktu itu sekolah ditadbir oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Puan Hajah Hamsiah binti Mohamad, sebelum kedatangan Guru Besar iaitu Encik Md Tumiran bin Sapuan pada 1 April 2003.

   Kedudukan sekolah yang strategik terletak antara Bandar Kajang dan Seremban menyebabkan sekolah ini menjadi tumpuan penduduk setempat. Kepesatan pembangunan kawasan sekitar menjana peningkatan bilangan murid dan guru setiap tahun.Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan . Murid sekolah ini datang dari sekitar Bandar Rinching . Mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih. Oleh itu masa, tenaga dan wang ringgit dapat dijimatkan.

   Sehingga kini (2007) SKBR mempunyai dua sessi persekolahan dengan bilangan tenaga pengajar seramai 79 orang dan 1446 orang murid termasuk 36 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelaran. Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan. Kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini merangkumi 30 Bilik Darjah, 2 Makmal Sains, 2 Bilik ICT, Perpustakaan, Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik Rawatan, Bilik SPBP, Bilik Pemulihan, Bilik J-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, Ruang Pentadbiran, 2 Bilik Persalinan, Surau, Kantin, dan pelbagai kemudahan lain.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching


  Sejak tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma dan SMK Bandar Rinching telah dibina dan boleh digunakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di seberang jalan iaitu di Fasa Lima, Bandar Rinching. Sekolah tersebut berdekatan dengan Taman Pelangi Semenyih.

  Sebelum ini, pelajar disini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Sekolah tersebut berada luar dari kawasan taman dan agak jauh lokasinya.

  SMK Bandar Rinching mula beroperasi pada 3 Januari 2005. Proses pembukaan sekolah bermula pada 16 Disember 2004 (Khamis) dikendalikan oleh 2 orang Penolong Kanan sebagai
“Caretaker”, 24 orang guru penolong, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Makmal dan 2 orang Pembantu Am Rendah.

  Sekolah pada mulanya menerima 166 orang murid pada 31 Disember 2004 dan ditempatkan dalam 6 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas tingkatan 2

☼ Sekolah rendah yang menjadi pembekal “Feeder Schools”
- SK Bandar Rinching
- SK Jalan Semenyih 1
- SJKC Sin Ming
- SJKT Ladang Rinching
- SJKT Ladang Semenyih
 
Make a Free Website with Yola.